Saturday, May 15, 2010

Salam Terakhir

Seperti biasa aku berseorangan dirumah..duduk dirumah smbil menonton tv...kebetulan di astro prima ade sebuah cerita bertajuk SALAM TERAKHIR,so aku pun menonton,smbil merehatkan otak.cerita berikut adalah cerita yg amat la sdih..


sinopsis:-

'Salam Terakhir' lakonan Zul Huzaimy, Intan Azura, Kaza, Memey Suhaiza dan Fadilah Mansor. Ia mengisahkan Salem, seorang peguam dan peminat fanatik Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Namun, dia dihalau bapa kandungnya kerana terlalu marah selepas Salem tewas dalam satu kes mahkamah yang membabitkan adiknya, Sulaiman. Disebabkan kekalahan itu, Sulaiman dijatuhi hukuman mati atas tuduhan mengedar dan memiliki dadah. Salem yang diharamkan dan disumpah bapanya supaya tidak lagi menjejakkan kaki ke kampung, semakin tertekan apabila dia disahkan doktor menghidap barah otak. Malah, Salem juga di ambang perkahwinan dengan kekasihnya, Zulaika.


begitu la kisah ceritanya,amat menyayat hati..dengan itu aku terasa,kenapa ia tidak memihak kepada aku memiliki keluarga bahagia??aku hanya hepy bila aku spend time bersama kawan2 aku..aku jarang bersama keluarga,kerana mereka sibuk dgn hal mereka,walaupun umur aku sdah meningkat..


keluarga bahagia..

Aku mengharapkan ia tidak terjadi apabila aku sudah berumahtngga..itu yang telah aku janjikan pada diriku..bila kamu tidak bahagia dgn keluarga kamu sendiri,kamu berasa hidup itu teramat kosong,walaupun kamu boleh memiliki apa yg kamu mahu,tp kebahagiaan tidak boleh dibeli..Itulah maksud yang sebenarnya..

Hope life much better than that..

No comments: